#48

i don't forgive people because i'm weak . i'm forgive them because i'm strong enough to know people make mistakes .

kau tahu ? terkadang aku rasa aku ingin tahu apa yang kau tahu , apa yang kau rasa . apa yang kau fikir . apa yang kau tafsir dari rentak tari yang aku persembahkan . agar minda kotor aku tak berupaya nak membuat tafsiran sendiri yang seterusnya mungkin menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk . mungkin ada benar kata-kata kau . mungkin salah itu berpunca dari aku . namun siapa kita untuk menghakimi suatu persahabatan yang terjalin lamanya ? siapa kita untuk menjatuhkan hukuman mandatori terhadap persahabatan yang tiada salahnya ? masalah ini berpunca dari kita . jadi mengapa mesti persahbatan ini galang ganti nya ? bahagia kah kau bila aku tidak lagi bergelar sahabat ? mampukah kau tersenyum bila tiada lagi sesuatu yang kerap dicemburui mereka selama ini ? bebaskah kau rasa bila ikatan murni yang mengikat kita selama ini terlerai ?

aku cuba mengukir pelangi di bibir . tapi sayang , pelangi yang cuba aku ukir itu sudah tidak indah seperti dulu . seri nya sudah hilang . warna nya sudah pudar . aku cuba pula mengukir senyum . biarpun pahit . tapi mengapa senyum aku kali ini seolah sukar untuk dimengerti ? benar lah kata mereka . coretan di hati sukar dimengerti . jiwa yang tidak senada tidak akan mampu untuk menterjemah . bukan itu sahaja , jiwa yang hampir senada juga tidak akan bisa menangkap maksud yang cuba di zahir kan . benar juga kata pujangga , hati yang senada umpama semut hitam di malam kelam . ianya wujud , cuma sukar ditemui . cahaya bulan menghulur simpati . cuba membantu dengan memberi sedikit sinar cahaya . tapi sayang , ianya tetap tidak membantu . maaf bulan . bukan kau tidak membantu , cuma bantuan mu seolah tiada makna .

hari demi hari berlalu . hati masih cuba bertahan . biarpun empangan yang dibina seringkali tumpah . apakan daya , kekuatan itu masih bersisa . dengan sisa kekuatan yang ada itulah wujudnya senyuman . senyuman yang sembunyi dalam kepalsuan . indah yang hadir hanya seketika . itupun kerana ciptaan sendiri . berpegang kemas pada prinsip hidup takkan indah kalau bukan kita yang mengindahkannya sendiri . indah bukan jika mampu berlari di trek pelangi ? ah , mustahil ! menyentuh pelangi juga tidak mampu , apatah lagi berlari bukan . impian setinggi langit dipasang . bahagiakah diri andai hanya berpaut pada sebuah pengharapan ? mengapa tidak dikejar saja kenyataan itu ? benar , kenyataan seringkali tidak seindah mimpi . sebab itu , aku rela tidak sedar dari tidur selamanya . bukan kerana aku takut menghadapi kenyataan ! silap ! tapi kerana aku sayang mahu meninggalkan indahnya mimpi . aku takut aku tidak kuat menghadapi pahitnya kenyataan . tapi persoalannya , sampai bila aku mahu bermimpi ? sampai bila aku mahu menggenggam harapan yang tak pasti ? sampai bila aku mahu lari dari kenyataan ? SAMPAI BILA ? mungkin sampai akhir detak nadi aku .

kadang aku terfikir mahu memutarbelitkan putaran dunia . aku mahu kembali ke zaman kanak-kanak . zaman kanak-kanak yang penuh keriangan . yang hanya mengalirkan airmata hanya untuk waktu itu . bukan seperti sekarang . luka yang berbekas bertahun lamanya juga bisa mengundang airmata . zaman kanak-kanak yang penuh keikhlasan . ketawa senyum indah bagai pelangi . yang tidak tersirat secebis makna tersirat . bukan seperti sekarang . senyum ketawa yang ikhlas bagai boleh dibilang dengan jari . senyum ketawa palsu bertaburan bagai bintang gemerlapan di langit . bisakah dikira ? aku mahu jadi kanak-kanak . kanak-kanak yang menganggap semua bagai sahabat . yang tidak mengenal lawan . bukan seperti sekarang . masakan sahabat baik sendiri tegar menikam belakang sahabatnya ? masakan wujud istilah haruan makan anak ? semua tidak bisa diserahkan sepenuhnya kepercayaan . semua nya di ibaratkan lawan . kadangkala , teman sejati juga boleh bersikap bagai gunting dalam selimut . bijak sungguh masyarakat dahulu kala mencipta peribahasa . mengeksploitasi setiap tindakan manusia untuk dijadikan pengajaran buat generasi sekarang . namun siapa aku untuk kembali ke masa dulu ? sehebat mana kuasa aku untuk memutarbelit waktu ? aku tidak punya doraemon yang punya alatan mesin untuk kembali ke masa lampau . andai aku lah nobita itu , pasti aku sangat beruntung .

aku rindu zaman keriangan menyentuh langit bilakala buaian dihayun selaju mungkin .
entry yang agak mebelitkan untuk difahami . sama seperti kisah hidup aku . =)


aku harap aku masih kuat .



dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

kalau LELAKI tahu kan ?

lembut wanita bukan bererti LEMAH . kadang kelembutan itu lebih TEGUH daripada lelaki .




1. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. HALUS : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak dan suami . WANITA amat tabah.

6. PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

7. MANJA : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari , naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. SEKS : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.



sumber : SINI =)


dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

kadang , hipokrit itu BAGUS .

hidup takkan indah kalau kita sendiri tak mengindahkan nya . =)
okeyy . entry yang agak sentap . kau tahu ? bila aku SENYUM , tak bermakna aku suka kau . bila aku TAK TEGUR kau tak bermakna aku sombong . bila aku SENYAP tak bermakna aku tak suka kau . bila aku MENANGIS tak bermakna aku lemah . bila aku KETAWA tak bermakna aku gembira . bila aku FAIL tak bermakna aku bodoh . okeyyy , fullstop ! semua nyerr tak lahh kan . heyy , boleh tak korang stop mindset batak korang tuhh ? tak semua yang mereka show off kat luar tuhh menunjukkan apa yang mereka pendam dalam hati . macam lahh kau tuhh mindreader kan ? bole baca fikiran orang .

ini tentang aku :

1. kadang aku terasa dengan kau . sumpah terasa gila ! tapi demi nak jaga hati kau , aku sorok sakit hati , kecil hati , keterasaan aku tuhh . aku tetap macam biasa seolah takde apa jadi . tapi tulahh , manusia kan ? susah nak faham . okeyy , bukan salah mereka . mereka juga bukan mindreader .
2. aku taksuka dengan perangai kau . bukan menjijikkan bukan menjengkelkan . cuma kadangkala kau merimaskan . tapi sebab aku nak jaga hati kau , sebab kau baik dengan aku . okeyy ! takpe . aku bole berlakon puraII okeyy dengan kau . nampak macam aku hipokrit kan ? YES !
3. bila kau tengah syokII cerita kat aku , walau aku mengantuk tahap gaban , walau aku bosan . aku tetap sedia tadah telinga aku untuk dengar cerita kau . sebab ? nak jaga hati kau ! aku tahu agak kurang ajar kalau kau storyy aku buad derk bagai kann ?
4. bila kita tengah gilaII berbual , tetiba aku tukar topik . paham lahh weh , aku tak suka topik yang kita bualkan tuhh . tapi tulahh , kau kau kau bukan mind reader kan . aku jua .

banyak lagik sebenarnya . tapi tulahh . siapa aku nak pertikaikan semua nehh kan ? macam aku takde salah je kan ? macam aku baik sangat je kann ? kalau kau bukan mind reader , aku jugak lah kawan . aku sama seperti kau . yes ! aku mengaku aku hipokrit . tapi hipokrit aku demi menjaga hatis esetengah pihak . ada hati yang perlu dijaga . ada hati yang perlu ditepis dengan kelancaran kataII aku . kerana aku takut , akan ada hati yang terguris dengan keceluparan aku . akan ada hati yang terluka dengan kelantangan aku . dan aku paling takut akan ada hati yang membenci aku . kalau kau tanya semua manusia atas muka bumi zaman nehh , siapa yang tak pernah hipokrit ? kau yakin kau akan jumpa jawapan mereka yang tidak pernah bersikap hipokrit ? kau akan jumpa . nyata dalam MIMPI . kadangII tak semua hipokrit itu jahat . kau tahu ? kadangII bersikap hipokrit jauh lebih baik dari mereka yang jujur tapi perasaan orang ? kau letak kat tapak kaki . kau nak orang buat macam tuh kat kau ?

aku juga manusia biasa macam kau kau dan kau . hati aku juga warna merah berdarah macam kau kau dan kau . kalau aku boleh lintaskan kau dalam kepala otak aku nehh , kenapa tidak kau ? kalau aku boleh bersikap hipokrit untuk jaga perasaan kau , kenapa kau tak cuba buat benda yang sama ? aku tak mengharapkan balasan atas ketidaksempurnaan aku , cuma meminta sedikit kefahaman agar kau faham tentang aku . insan tak sempurna dan tak pernah bermimpi nak jadi sempurna . jadi , jangan kau berharap agar aku sempurna seperti yang kau bayangkan .

i'm unperfect and i'm not born to be .

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

kecewa? ini yang patut aku dapat .

i don't think success arrives and you're suddenly happy . it's not like that . if people think that they'll be very disappointed. 

. KECEWA .
okeyy . satu perkataan yang cukup sempurna untuk gambarkan apa yang sedang aku alami sekarang .
kecewa dapatkan yang terbaik untuk mama abah dalam peperiksaan lepas .
abah sanggup ambil cuti untuk datang sekolah ambil report card aku .
tapi lastII , keputusan aku sangat mengecewakan !
riak wajah abah tetap selamba .
seolah tiada apa berlaku .
namun aku tahu menduga hatinya .
kekecewaan yang dia tidak zahirkan .

. KECEWA DENGAN DIRI SENDIRI .
tapi inilah yang aku pasti selayaknya aku dapat atas usaha sebesar zarah aku .
usaha tidak , masakan kejayaan datang bergolek kan ?
mustahil !
inilah apa yang patut aku dapat .
hasil daripada kealpaan aku terhadap indahnya zaman persekolahan .
ketidakseriusan aku dalam menimba ilmu .
okeyy . DIA maha adil .
DIA beri aku apa yang patut aku dapat .


p/s : i'm really sorry mama abah . i'm disappointed you . =( 




dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

CONTEST SAYA SAYANG FAMILY SAYA .

okeyy hari nie rajen na buad contest pulakk kan . ==' di invited sendiri olehh owner ouhh . SAYA SAYANG FAMILY SAYA . *okeyy . entryy ini bakal disajikan dengan entryy jiwangII .

okeyy . baru lepas bertekak dengan mama garaII salah saya yang tidak disengajakan . onlinee blogger , ternampak invitation contest nehh kat shoutbox , teros rase na join tanpa pikir panjang . yess ! saya superduper sayang cinta rindu family saya . mereka jantung hati limpa paru-paru saya . okeyy . cukup lengkap organ dalaman kan ? jadi , itu lahh bukti betapa bermakna nya mereka dalam hidup saya . itu lahh bukti betapa saya takbole hidup tanpa mereka . they are the KEY to my HEART . =) mehh tengok insanII yang menjadi saksi jatuh bangun nya saya dalam kehidupan ini . let's check it outtttttttt~


un-edited photo .
they're the key to my heart .


un-edited photo .
they are the reason why i keep tears under my laughing and smiling till now .
i maybe a very lucky girl born in this family . kebahagiaan kami sering dicemburui kawanII saya yang selalu datang melepak kat rumah . mama abah saya super sporting . kalau kawanII datang lepak rumah , makanan minuman pasti tersedia . dats whyy lahh kawanII saya suka lepak kat rumah .

abah mama juga pasti tak menolak kalau kami adik-beradik ajak pergi manaII . walau jauh mana , abah mama pasti tunaikan permintaan kami . dats whyy lahh saya lebih suka keluar dengan familyy daripada keluar dengan kawanII .

family saya juga super memahami . belum saya bukak mulut nak cerita something , mereka pasti tahu dahulu . dari riak muka saya , perbuatan saya , mereka dah tahu apa yang saya fikirkan . dats whyy lahh saya lebih rapat dengan family daripada kawanII .

jadi , banyak lagik sebab kenapa saya sayang familyy saya yang hanya saya yang tahu . =) okeyy . na selesaikan syarat yang lain pulakk . na tag pada mereka , mereka dan mereka . buad okeyy . penad tahu tag ! =)


kalau bolehh , saya nak yang ini :

kalau dapat yang ini , mama abah tentu dapat kurangkan kadar rabun mereka . saya juga . ^^,

okeyy . done contest . hope menang . amiinnn~ =)


dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

lebih dari indah . =)

jika yg kamu lakukan pada akhirnya adalah melukai hati seseorang . lebih baik jangan kamu mencintai dari mulanya .


bergetar hati ini saat mengingat dirimu
mungkin saja diri ini tak terlihat olehmu
aku pahami itu
bagaimana caranya agar kamu tahu bahwa
kau lebih dari indah di dalam hati ini
lewat lagu ini ku ingin kamu mengerti
aku sayang kamu, ku ingin bersamamu
meski ku tak pernah tahu kapan kau kan mengerti
ku coba tuk berharap

no one becomes perfect, but some become great.

sumpahh superduper cute ! haishh , kalau lahh aku ada adik mcm nehh . bangga ouhh . =) KALAU . kenal minah nehh ? tak ? okeyy . serius kuno . planet mane kau muncul ha ? =) dia nehh lah NIKITA WILLY . pelakon cerita safa dan marwah tuhh . comel kan dia ? sumpahh kau BUTA kalau kata tak ! dia comel doe . sumpah tak tipu . tengok yang nehh pulakk .

you're beautiful . you're beautiful . you're beautiful is true . 

okeyy . percaya sekarang ? masa tengah stalker gambarII kecomelan dia . aku ternampak lagu nehh . sumpah bererti lirik bagi aku . hanya aku . cuma aku .

p/s : okeyy . kau memang lebih dari indah , superhero . =)

can i be as beauty as her ?






dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#47

kejap lagikk aniversary kiter kan hero ?
should i text you ?
should i wish you ?
takpe . saya tunggu awakk text dulu eh ?
kalau awakk still need me , mesti awakk akan wish kan ?
saya tahu awakk akan wish . saya tahu . saya tahu . =) *big hope there

i wish i'm NOT dreaming .



dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#46

i liked you because you could make me smile . i fell in love with you because you made me want to be a better person . now that you're leaving me, what am I supposed to do ?


okeyy . entry pasal dia lagik dan lagik dan lagik . urghh ! kenapa otak suka sangat dok pikir pasal dia ha ? penat tahu nak menangis bila teringat . yang kau gatal sangat pergi dengar suara dia nyanyi , tengok gambar dia tuhh pehal ? pastuh na nanges sorangII? gila ! taktahu kenapa balek sekolah thadi , tangan laju je bukak folder lappy , tgok gambar dia . bkak folder recording , dengar nyanyian dia . okeyy , sumpah rindu ! ingat akan ada mesej dari dia , rupanya tak . hurm . =( apakah benar aku memnag sudah tidak diperlukan ? minda kata pergi , hati kata jangan . minda kata , jangan mengahrap pada sesuatu yang tak pasti . hati kata , bersabarlah . tapi sampai bila harus aku bersabar ? aku manusia biasa yang punya limit kesabaran . aku jua punya hati . hati yang sangat rapuh . luaran aku memang tak menggambarkan luka di hati , tapi hati aku ? tak siapa menduga . 



i want to be the one you're waiting for, not the one waiting for you.

taktahu kenapa , rasa macam terhegehII kat sesuatu yang tak pasti . mengharap sesuatu yang mustahil . macam perigi cari timba . okeyy , tak semua yang kita nak , kita akan dapat . but , why you ? why can't i get you after all we've been through ?


if you're lucky you can get a second chance with the one you love . Sometimes luck isn't enough.

seriously , lepas apa yang berlaku then kita back together balekk . i think you were TOTALLY be mine . but , unfortunately , i'm TOTALLY wrong . i keep asking my heart , why can't you be mine ? why can't you love me as much i do ? why can't you see what i'm doing is just only for you ? why can't you understand me ? why ? i know , i'm just like talking to the moon . and put little hope that you will listen and answer me . =)


p/s : giving someone all your love is not an assurance that they'll love you back.

i'm still waiting something from you .





dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#45

i had a dream and it was about you . i smiled and recalled the memories we had . then I noticed a tear fell from my eyes . you know why ? coz in my dream you kissed me and said goodbye ...

okeyy . airmata mengalir lagik . penat tahu ?

 me : ehm . say you lurve me pliss . =)... : lurve u .me : sure ?... : sure .me : still nid me ?... : ngantox la .me : still nid me ?... : tdo dlu eh ?me : itu jawapan pada soalan owg ? okeyy paham . =) tdo lahh .

okeyy . somebody please explain this to me . sumpahh blur ! hurm . otak jahat mula menguasai diri sehingga airmata mengalir . okeyy fine ! tak kesahh . saya rasa sekarang saya faham di mana kedudukan saya . awakk mungkin sayang saya . mungkin ! tapi sayang itu tak cukup untuk awakk perlukan saya . saya yang awakk kenal degil kan ? so , saya takkan text awakk sampai awakk text saya . jika awakk tak text , saya faham . saya memang dah tak diperlukan .

hati masih belum kuat untuk melangkah pergi . tapi hati juga sudah tak kuat untuk terusan begini . tepuk dinding masakan berbunyi . balasan diberi , tangan kesakitan . dinding masih tetap tidak memberi respon . walau ditepuk berjuta ribu kali , dinding tetap takkan berpaling . jadi , si bodoh mana yang akan tetap bertahan menepuk dinding ?

siapa aku dihatimu ? sekadar mengisi ruang kosong atau peneman hidupmu ? dulu mungkin akulah peneman hidupmu . sekarang , aku mungkin tak ubah bagai melukut di tepi gantang . masihkah aku diperlukan ? minda seringkali mengganggu tidur malamku dengan menanya soalan bodoh seperti ini . arghh minda ! kau tahu jawapannya , masakan masih mahu terus bertanya ? aku penat menjawab jawapan yang sekadar menyedapkan hati . sampai bila aku harus menipu hati sendiri ? sampai bila ? sampai DIA memanggil ?

p/s : once i told that I LOVE YOU , it mean forever i love you .

i still love you , superhero .



dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

tukar tukar tukar lagikk lahh weh !


well , tgok !
minahh neh tuka lagikk displayy blog dia .
aisehh ! =.='
memang tak lame lahh dapat kat kau , erna .
jap lagi mesti tukar lagikk .

p/s : i wish you were that teddy bear that i hug every night .

oitt mate , tido lahh ! da jam bhape nehh .


dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan .

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini




sumber : FACEBOOK . =)

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

dia cuba membuat hidup saya jauh lebih sempurna dari hidup dia .

sembilan belas tahun yang lepas , lahir lah seorang kanakII degil yang menyempurnakan dua hati . tahun demi tahun berlalu , pelbagai karenah perangai yang elok mahupun jelek kanakII itu luahkan . dia tetap gigih membesarkan kanakII itu tanpa sedikit rasa kesal . 

degil , nakal , keras hati perkara biasa . marahmu tetap bersahaja . makian tidak pernah terlancar dari mulutmu . tali pinggang tidak pernah hinggap di badan kami . masih teringat , kali pertama dan terakhir ku lihat kau marah yang sebenar . aku ditangkap akibat mencuri di sebuah kedai runcit . yang cukup membuatmu malu , yang menangkapku adalah sahabatmu sendiri . sumpah ! bukan niat memalukanmu , abah . apatah lagi menunjukkan bahawa duit belanja yang kau beri selama ini tidak mencukupi . cuma jiwa ku memberontak . jiwa yang bakal menginjak remaja memberontak mahu bebas seperti kawanII lain . sedang ku terlupa , aku tersilap pilih kawan dan tersalah aturan hidup . mujur , marahmu tidak lama . tidak pernah kau berdendam . bukankan anak sepertiku layak mendapat maki seranah akibat memalukanmu ?

masih teringat saat pembelajaran matematik . abah memaksa menyiapkan subjek yang menjadi musuh ketatku , sehingga mengalir airmata dan termuntahII . abah kata , jangan makan selagi tak siap homework tuhh . saat itu , hati tak matang berdetik . abah tak sayang kak . sedangkan dia cuba mendidikku agar tidak bodoh matematik seperti sekarang . tapi sayang abah , walau sedaya mana kau cuba mendidikku agar meminati matematik , dendam itu telah lama tersemat . masakan benci boleh menjadi suka ?

saat angah lahir , terasa sayang abah kian berkurang . salah angah terpaksa kupikul . silap angah , aku menjadi taruhan . pernah terfikir nak lari dari rumah garaII kelahiran adik lelakiku . bodoh kan ? =.=' seorang lagi bala lahir fikirku . adik perempuan yang merampas kasih sayang abah padaku . argh ! siapa mahu berkongsi ? itulah fikiran kanakII yang tak matang . sedang hakikatnya , kasih sayang abah pada anakII nya sama . namun perebutan tetap berlaku . aku masih tetap tak mahu berkongsi abah dengan adik . kakak yang tamak .

kini , si kanakII itu sudah membesar . menjadi anak gadis yang sudah boleh berdikari sendiri . tapi si gadis itu tetap mahu bergantung pada abah mama nya . entah bila nak berubah ? =.= setiap permintaan si gadis , cuba abah tunaikan . kemana si gadis mahu pergi , cuba abah bawak . i'm proud having you , super ABAH . =) ceritaII kesusahan abah , takkan kak biar berulang lagik . itu janji kak , abah . jasamu akan kubalas .

abah , terimakasih yang tak terhingga atas ketabahan abah membesarkan kak . maaf atas kedegilan kak . i love you , abah . =)
                                         
A father is always making his baby into a little woman.  And when she is a woman he turns her back again.



dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#44

di saat kita mula mencintai , kita fikir kita telah bersedia untuk dilukai , namun disaat perpisahan itu terjadi , kita tidak cukup kuat untuk menerimanya sepenuh hati , seringkali , kita menyesali , menanyakan si dia di mana kelemahan diri , kadang , kita tegar menunding jari , menuduh si dia mungkiri janji , semata - mata mahu memujuk hati sendiri .

okeyy . taktahu apa perasaan yang sebenarnya sekarang . menangis? tidaklah ! cuma hujan . terasa ingin aku berjalan dalam rintik hujan lebat , dan menangis sepuasnya . sebab aku yakin , tiada siapa yang kan melihat aku mengalirkan airmata walau sebanyak mana aku menangis . urghh ! kenapa dunia seakan tidak adil bagi aku ? disaat aku mula mengenal erti kesetiaan , terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuh . siapa aku ? siapa dia ? siapa mereka di hatinya ? pentingkah aku padanya ? karma . what goes round , comes around . okeyy . sekarang aku percaya . dan aku harus bayar apa yang pernah aku lakukan dulu . perasaan aku kini sama dengan perasaan mereka yang pernah aku permainkan . tapi aku dipermainkan ke ? harap TIDAK .

p/s : aku sayang kau . sumpah tak tipu ! tak pernah tipu pasal perasaan nehh . aku tak tahu apa kau rasa . aku tak rasa apa perasaan kau . tapi yang pasti , perasaan aku melebihi segala yang kau tahu . cuba lahh sekejap , kau dalami betapa dalam perasaan aku . pasti kau tersenyum . macam dulu . =)

saya sayang awak , jadi saya akan tetap sayang awakk selamanya .




dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

senyum . cara terbaik sembunyi kan TANGISAN . ^^,

Hidup tidak selalu indah. Kadang-kala kecewa, merana, parah terseksa. Namun jangan kerana sesuatu itu menjadikan semakin dihantui bayangan keresahan, kegelisahan. Senyumlah, senyum itu mampu mengubat sedikit kekecewaan. Walaupun sedikit, ia sudah cukup menghilangkan dan akan digantikan dengan wajah yang ceria, bahagia.

Tidak pernah yang bahagia itu tidak melalui jalan kedukaan. Itu sesuatu yang mesti. Berjalan dalam kedukaan banyak mengajar tentang cara hidup selaku manusia. Dengarkan kisah-kisah kedukaan, mereka yang pernah mengalaminya dan pasti mereka pernah BERNOKTAHKAN HITAM. Tidak mahu kecewa lagi. Bahagia dengan apa yang menimpa.

Sedikit demi sedikit, kedukaan itu akan terhakis. Apabila segalanya menerima dengan keterbukaan. Lihatkan sahaja langit tidak selalu cerah dan adakalanya menitis air. Menitisnya itu bukan kerana kecewa.

Sedih jangan dipanjang-panjangkan. Malam akan berganti siang. Apabila siang menjelma, berjalanlah melihat yang terang. Jangan melihat kelam lagi.

                                                                ----------------------------------------------------


okeyy . nak buat confession . aku curi nie dari FB siapa entah . aku cilokk je . =) bukan sajaII curi ehh ! aku curi sebab ayat dia wallawehh kawtimm bhai ! entah kenapa , aku suka ayat nehh . it makes me think TWICE .
aku rasa dalam bab hipokrit tentang senyum , akulah orang nyer . bukan aku senyum tak ikhlas . cuma kadangII aku rasa senyum tuhh bukan datang dari hati aku . okeyy , orang yang dah lama kenal aku , akan dapat bezakan mana senyum ikhlas dan tak ikhlas aku . ada perbezaan ! bila aku senyum , tak semestinya senyum itu 'senyum' . mungkin 'senyum' itu sekadar pengganti kataII yang tak mampu aku zahirkan . macam malique too phat suruh aku buat untuk jaga hati orang , senyum , tak perlu kata apaII . =) okeyy . aku pakar dalam hal ini . sumpah tak tipu ! =.=' aku bukan macam justin bieber , you smile , i smile . no wayy ! bila korang cakap something , dan respon aku hanya senyum tanpa balas apaII . percayalah . ada something yang aku sembunyikan . mungkin kataII korang mengguris hati aku . mungkin =.=' honestly , aku BUKAN perempuan yang cukup kuat . hati aku bukanlah kuat macam yang selalu aku kata . hati aku rapuh . terlalu rapuh . mudah tercalar , mudah tersinggung , mudah terasa . tapi , aku mampu menukar airmata kepada senyum palsu dalam sekelip mata sahaja . sebab itu , 'senyum' aku kadangII adalah gambaran hati aku yang sedang menangis . tak mudah lihat aku menangis . tak mudah lihat aku lemah . aku kan pelakon . =) sebab itu ada kawan aku pernah cakap "senyum dia bahaya sebab DOUBLE MEANING ." senang nak pujuk hati aku , aku bukan lagi minah ego macam dulu . aku mudah sangat memaafkan , mudah sangat melupakan . aku dah tak guna prinsip 'i may fogive , but i won't forget' . siapa yang pernah couple atau rapat dengan aku , tahu lahh . bila aku dah sayang , kau buatlah salah macam mana pun , maaf itu tetap ada untuk kau . ^^.

*kalau senyum mampu jadi kan aku secomel bayi nehh , okeyy . aku sanggup senyum sampai cramp .*

p/s : jangan terlalu 'bahagia' dengan 'senyum' aku . kadang dalam senyum aku tuhh , tersimpan cerita yang kau tak PERLU tahu . =)


dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

what i'm waiting for ?



Mila - Menanti

Di selinap hati ini
Sendiri ku menanti
Sesuatu yang tak pasti darimu
Darimu

Ku tahu dirimu
Tak bisa ku miliki
Meskipun ku tak berhenti mengharap
Kan hadirmu

Menanti terus menanti dirimu
Dan tak ingin ku berpaling
Meski hanya mimpi
Menanti ku menanti cintamu
Kan kembali padaku
Mungkinkah semua ini terjadi

Sejak pertama melihatmu
Berdua dengan kasihmu
Hancur luluh sudah harapan hati ini

Ku tahu dirimu
Tak bisa ku miliki
Meskipun ku tak berhenti mengharap
Kan hadirmu

Menanti terus menanti dirimu
Dan tak ingin ku berpaling
Meski hanya mimpi
Menanti ku menanti cintamu
Kan kembali padaku

Menanti terus menanti dirimu
Dan tak ingin ku berpaling
Meski hanya mimpi
Menanti ku menanti cintamu
Kan kembali padaku

Biarkan ku nikmati bayangmu
Biarkan ku nikmati bayangmu
Biarlah hanya malam temaniku

Menanti terus menanti dirimu
Dan tak ingin ku berpaling
Meski hanya mimpi
Menanti ku menanti cintamu
Kan kembali padaku

Biarkan ku nikmati bayangmu
Biarlah hanya malam temaniku
Menemaniku
 


i think i'm waiting for SOMETHING or maybe SOMEONE or maybe i'm waiting to go SOMEWHERE . but what ? what i'm waiting for ? i'm always wondering that did i wait something ? someone ? hurr ! =.=' i don't know what it is . really don't know !


penantian itu suatu penyeksaan kan ? kadangII , penantian jugakk boleh jadik suatu impian yang hanya sekadar impian . yang takkan pernah jadik realiti . aku pernah termenung menghadap langit dan menanti agar bulan yang kat atas langit tuhh akan jatuh kat riba aku . haha . gila kan ? memang ! tapi itu impian zaman kanakII . zaman kebahagiaan . namun , realiti kehidupan , siapa yang sanggup menanti ? cuba angkat hidung ! penantian itu walau pahit pada awal nya , tapi percayalah . ianya manis di puncak . dulu , aku pernah menanti untuk dapat handphone nokia n-gage . menanti dan menanti dan terus menanti . dan ternyata penantian aku tak siaII sebab aku dapat yang jauh lebih bagus dari n-gage tuhh . aku dapat c3 . gempak kan ? =)


so , prinsip aku , aku akan terus menanti dan menanti dan menanti sampai aku rasa penat . walau selaut airmata aku gugur . takpe . =) aku akan tetap terus menanti selagi hati aku masih kuat bertahan . dan aku tahu , hati aku kuat . =) hati aku dah berjanji dengan aku , dia kan jadi kuat macam aku . dia akan jadi kuat untuk aku . dan aku tahu , hati aku takkan tipu aku . kan hati kan ? =)

p/s : lagu tiada kena mengena dengan entryy . cuma sedang melayan perasaan mendengar lagu tersebut .

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

contest FRIENDS FOREVER .

curikII join contest . =)
entry ini dibuad dgn nada yang sayu sbb merindui sahabat lama yang kian jarang berhubung . :'(


*sila click ntok join . =)



ini gambar yang paling bermakna buad saya . =)
sebab : dia adalah kawan saya yang paling SUSAH nak di take shot . kami takpernah ada gambar berdua . jadi , bila ada gambar berdua macam nehh , inilah gambar paling bermakna buad saya . =) yang membawa seribu sejuta seratus kenangan buad saya .


meet my friend , my bestie , my twin , my pillow , my tears , my laugh , my smile , my diary & my strength .

dia kawan saya since sekolah rendah . sampai sekarang .
family saya kata , kami KEMBAR .
cikgu mulut laser kata , kami LESBIAN .
kawan saya kata , kami BELANGKAS .
junior saya kata , kami ADIK-BERADIK .
tapi , saya kata , kami KAWAN DUNIA AKHIRAT .

dulu , zaman budakII sekolah , kami selalu bersama . sangat kerap bersama . pergi sekolah samaII , balek sekolah samaII , pergi kelas malam samaII , jalanII naik motor ego merah dia samaII , pergi pasar lambak samaII , pergi tandas samaII , ponteng kelas samaII , lepak samaII , banyak kenangan yang samaII yang ta mampu nak disenaraikan . dalahh siang asyik bersama , malam kalau dia tak lepak rumah saya , saya akan lepak rumah dia . kalau tak , kami akan bergayut guna telefon rumah berjamII sampai parents kami menyanyi . =) dia bukan sekadar KAWAN bagi saya , dia dah macam KAKAK saya . dia selalu ada untuk saya . terima saya seadanya saat ramai yang menjauh . masih sudi bersahabat dengan saya walau tahu keburukan saya .

tapi kini , dia dah jauh dari saya . jauh sangad . gambar itulah LAST TIME kami jumpa masa saya pulang ke BP . masa saya pindah ke selangor , dia takde . hati sayu je nak tinggalkan BP sebab tak dapat jumpa dia b4 tinggalkan BP . sekarang dia kat MELAKA . sambung politeknik . da takde kat sisi saya . dah takde lagik lengan yang saya nak genggam time geram , dah takde bahu yang boleh saya tepuk , dah takde telinga yang nak dengar saya jerit kuatII release tension , dah takde minah rempit motor ego yang suka round satu BP petangII , dah takde jugakk lepak depan beranda rumah malamII , takde jugakk gayut guna telefon rumah berjamII  . :'(

banyak persamaan kami . kami seperti ada sixth sense . dia boleh rasa apa yang saya rasa dan saya boleh agak apa yang dia rasa . cth : sweater yang kami pakai mlm tuhh (dlm gambar) . hampir sama . belangII hitam putih . sedangkan kami tak plan untuk beli sweater yang sama . hari dia excident motor depan sekolah , saya juga hampir excident depan rumah .

saya rindu kembar saya nehh . =( entah bila boleh jumpa dia . ya Allah , pertemukanlah kami .



tag for :


even aku tahu aku TAKKAN muat nak pakai baju nehh , tapi boleh kan aku berangan dulu ?
moga baju nehh boleh buad aku maken bersemangat nak kurus . =P




dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

jangan ditanya kenapa !

result MUET dah ada kat tangan . tinggal nak serah kat mama abah bagi mereka lihat sejauh mana kepandaian anak mereka nehh . sumpah ! aku takut nak tunjuk kat abah result muet aku . dia mengharapkan yang jauh lebih baik dari apa yang aku dapat . aku tahu , dia tak tunjuk harapan dia pada aku . tapi aku dapat rasa satu harapan yang dia taruk kat bahu aku . now , harapan tuhh gagal aku tunaikan . aku mungkin kecewakan abah aku . aku mungkin hampakan dia . aku mungkin ! =( aku tahu , nanti aku tunjuk result kat dia , walau teruk macam mana result aku , ekpresi muka dia tetap tenang . dia tetap akan tersenyum . tapi aku tahu , dia kecewa. sebab harapan dia jauh lebih tinggi dari apa yang aku dapat . ramai yang kata , result aku okeyy . tapi , bagi aku TAK ! sebab family aku mengharapkan jauh lebih baik . ramai yang bertanya , kenapa mesti nak repeat ? sebab aku nak tebus silap aku . ramai yang tanya , tak takut result nanti lebih teruk ? jawapan aku TAK ! okeyy . i'm admit . aku memang TAK RETI bersyukur . aku nak yang jauh lebih bagus dari apa yang aku dapat .

aku nak REPEAT . aku ulang , nak REPEAT ! aku nak tebus kembali harapan abah aku yang aku dah kecewakan tuh . jadi , TOLONG TOLONG TOLONG dan TOLONG jangan tanya KENAPA AKU NAK REPEAT MUET walau result aku dikira okeyy bagi sesetengah manusia yang tahu bersyukur .

'kalau repeat , kalau dapat result yg teruk , macam mane ?'
tanya seorang kawan pada aku .

jawapan aku : takpe . orang takkan buad 2x kesalahan yang sama kan ? peluang takkan dtg bergolek mcm buah epal . so , takkan aku na buad maenII kan kalau repeat ? lagipun , kalau bukan rezeki aku , takpe . at least , aku dah mencuba dan terus mencuba . =)

sila jangan ditanya lagi mengapa aku ingin repeat !

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#43

aku tahu ALLAH takkan biar aku bersedih lamaII . aku yakin ALLAH hanya sekadar menguji sejauh mana kekuatan aku menempuh dugaan DIA . aku juga pasti ALLAH selalu dengar luahan hati aku yang orang lain tak dengar walau aku sendiri selalu lupakan DIA .

terimakasih ya ALLAH . 
kau kembalikan sinar itu . =)

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#41

‎. never cry for the one who don't deserve ur tears .

cinta itu memang sulit kan ? sakit kan bila cinta terasa di penghujung jalan ? saat kita dah jauh berjalan samaII , mencipta pelbagai bahagia dan kenangan bersama , tetiba kita sampai kat penghujung jalan . kemudian , kita nampak ada dua jalan yang berbeza haluan . satu ke kiri , satu ke kanan . si dia cuba nak lepas kan genggaman tangan dan ikut haluan yang berbeza dari kita . kita cuba menghalang . genggaman tangan yang digenggam kian melonggar . si dia terus berjalan tanpa sikit pon menoleh ke belakang . kita merayu , meraung agar dia kembali . namun bayangan dia makin lama makin menjauh . jadi apa patut kita buat ? stayy diamII kat pertemuan dua jalan tuhh dengan harapan dia kembali bawak kita dengan dia , atau kita terus je perjalanan ikut haluan lagik satu walau tanpa dia ?

mcm nie ker kita now ?

aku tanya seseorang yang aku rasa pakar dalam madah cinta . jawapan dia :

aku akan terus berjalan kat haluan yang berbeza . kalau dia ditakdirkan milik aku suatu hari nanti , kat hujung jalan tuhh , pasti ada pertemuan kembali antara kami .

berbeza haluan , destinasi yang sama .

tuhh jawapan dia . jawapan aku pulakk ? aku taktahu . sumpah ! aku memag taktahu apa patut aku buat . mungkin aku patut teruskan berjalan . mungkin dalam perjalanan aku tuhh , aku boleh muhasabah diri aku . mungkin aku akan lebih mengenali diri aku yang selama ini terlindung di balik kehipokritan yang aku cipta demi menjaga hati ramai pihak . mungkin aku akan tahu dan perbaiki kelemahan aku . mungkin aku lebih mengetahui selok belok dunia . mungkin aku boleh kenal lebih ramai orang . mungkin aku akan jadi seseorang yang baru . mungkin~ =.='

burung nehh pon rilex je jalan sekorII kan ? tak takut kena tibai pon .

aku tahu , aku kena survive . aku tahu , aku kena kuad . tapi tanpa mereka yang memahami disisi , bolehkah aku ? aku harus bertahan demi kehidupan akan datang . tapi buat masa sekarang , aku akan berjuang . berjuang demi dia yang aku sayang . berjuang demi dia yang jadi kekuatan aku . berjuang demi dia yang jadi sumber ilhamku . berjuang demi dia . demi dia . moga dia perasan perjuangan ku ini . =)



dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*

#42

p/s : ini entry jiwangII . jika anda berhati konkrit , simen , batu nisan . sila tinggalkan site ini segera .

aku taktahu kenapa aku sukar membenci orang yang aku sayang . aku tersepit . tersepit antara celah perasaan aku sendiri atau perasaan dia . kalau aku pentingkan diri , kisahkan perasaan aku je , perasaan dia akan luka . kebahagiaan dia akan tersekat dengan kewujudan aku . kalau aku jaga perasaan dia , bermakna aku hancurkan hati aku sendiri . dia kekuatan hidup aku . aku juga tak pasti kenapa aku terlalu bodoh nak sakitkan diri aku sebab cinta yang tak kesampaian . kawanII aku yg tahu aku hurt diri aku , ukir nama aku dan dia kat peha aku , kata aku bodoh . tanya sakit tak ? haishh ! apa bodoh punya soalan kan ? tapi aku rasa , tindakan aku lagi bodoh . memang sakit ! tapi sakit yang terkandung dalam hati , kalau dizahirkan , perghh ! memang ngeri lah kan . kau apa tahu ?

semalam , sebelum tidur , aku bukak balik folder mcg semalamII masa aku tengah okeyy dengan dia . dengar balik on call kitorang yang aku record . dengar gelak dia . dengar suara dia . buat air hujan dari mata turun laju je . non-stop pulakk tuh . aku sendiri taktahu bila recording tuhh habis , bila slide show gambarII dia tamat , bila airmata aku berhenti , dan bila pulakk aku tertidur . sedarII dah jam 8 , kawan dah tunggu depan gate rumah , tengokII ada 3 mcg dari beliau . baru bangun , belum mandi , alamakk ! aku dah lewat ke kelas ! pergi kelas dengan mata bengkak . sangat ketara . sampai ada yang perasan dan tanya "mata kau kenapa? nanges ehh ?" mulut tak mampu menjawab , sekadar senyuman pengganti bicara . aku tahu , jika aku menjawab walau sepatah , airmata ini pasti mengalir lagik . kau gila nak aku nanges kat sekolah ? pergi sekolah , jasad kaku di atas kerusi , hati kelain , mata sayu memandang cikgu yang memberi penerangan , tapi sayang , bukan wajah cikgu yang terlakar , bukan suara cikgu yang didengari . sampai cikgu perasan aku termenung dan bertanya . membuat aku gagap seketika untuk menjawab .

sumpah ! aku taktahu apa patut aku buat now . =.=' agakII kalau aku tanye encik google , dia bole tolong jawab tak ? patutkah aku berundur saja , atau patutkah aku bertahan ? kalau aku berundur , kalau dia masih sayang aku , nanti dia kata aku dah tak sayang dia . kalau aku bertahan , kalau dia dah tak sayang aku , nanti dia kata aku menyemak . kalau aku tak mcg dia now , kalau dia menanti mcg aku , nanti dia kata aku abaikan dia . tak reti nak cool kan dia . tp kalau aku mcg dia , kalau dia tak suka , nanti dia tak balas . nanti dia balas simple , then aku saked hati . takpe . kita try okeyy . i hope i will be fine . =) err? tapi apa patut aku tulis ? buat ape? dah rehat? imissyou? apa panggilan aku patut guna ? huny? owg? sumpahh ! confiuss =.=' abah cakap , tak salah mencuba . =)

ada kawan aku yang tanya , kenapa aku still nak bertahan dengan dia . jawapan aku ? senyum ^^, dan kata 'dia sunshine aku' . bumi tanpa cahaya matahari , tak mati tapi suram kan ? begitu juga aku tanpa dia . tak mati , tapi kekuatan hidup aku , semangat aku ? pergi sekali dengan dia~ dia kekuatan aku . buat aku jadi kuat , selalu ada untuk aku , selalu nasihat aku , selalu bebel kat aku , selalu marah aku . jadi , kalau dia dah takde , siapa nak buat tuhh semua untuk aku ?

i just hope everything gonna be okeyy . ^^ aku tahu aku kuad . aku tahu aku kuad . aku tahu aku kuad . 1tahun 2bulan 1minggu 6hari kita mencipta kisah cinta yang aku rasa aku dan dia je yang alami kisah cinta macam nehh . serius ! berani bertaruh ? =.=' tapi tak sangka , atas sebab satu sebab yang mungkin bagi aku perkara kecil tapi besar sangat pada dia , dia ambil keputusan mendiamkan diri dari aku . okeyy takpe . saya tetap tunggu awakk sayang . ^^,

entry ini mengambil masa 2jam untuk disiapkan bersama deraian airmata & si dia masih tak reply mcg aku . 

dahh baca? tinggal lahh komen sikit (: mehh sayang sikit mehh . moamoamoa :*